LONTAR PELURU SIRI 1

Standard

PENGENALAN

Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga.  Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita.  Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menangah, bermakna penyertaan agak meluas.  Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa kesemasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontaran.  Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan.

Lontaran peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit.  Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh melontar dengan sesuka hati tampa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan.  Atlit hendaklah menolak  atau melontar peluru dari atas bahu diantara leher dengan dagu.  Pelontar peluru akan membuat lontaran daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan.  Teknik lontaran memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta.

Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat, sudah tentu mendapat prestasi yang menggalakkan.  Tampa teknik lontaran yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun mempunyai saiz badan yang besar.

PERALATAN

Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan.  Dalam melaksanakan acara ini, atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain.

Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah dan rendah.

Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di luar.  Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin.  Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm – 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulat.

UKURAN

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa.  Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm.  Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah.  Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

SEKTOR LONTAR PELURU

Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat.  Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000.  Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar.  Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40°.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor.  Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran.  Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut.  Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita.  Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Ukuran garispusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m (± 5mm).  Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75 m di luar bulatan.  Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai.  Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh.  Papan penahan ini diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya.  Bentiknya mestilah bulat dan licin.

Syarat-syarat peluru untuk kejohanan

Lelaki

Wanita

Remaja lelaki Remaja Wanita
Berat untuk pengesahan rekod 7.260 kg 4.00 kg - -
Berat dibenarkan untuk kejohanan

(Minimum)

(Maksimum)

7.265 kg

7.285 kg

4.005 kg

4.025 kg

4.000 kg

5.000 kg

3.250 kg

4.00 kg

Diameter

(Minimum)

(Maksimum)

110 mm

130 mm

95 mm

110 mm

93 mm

98 mm

88 mm

90 mm

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s