LONTAR PELURU- SIRI 2

Standard

PRINSIP-PRINSIP MAKANIKAL

Untuk mendapat jarak yang optima, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktor-faktor berikut :

  1. Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru
  2. Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu satah yang sama.
  3. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama.
  4. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan.
  5. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projektile.
  6. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar.

KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH O’BRIEN

Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan).  Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama.  Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan.  Kaki kanan dibnegkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan.  Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki kanan.

Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus kebelakang.  Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang.  Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan.

Setelah kaki kiri sampai digarisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik keatas dan dipusingkan diikuti dengantangan kiri ditari kebelakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin.  Pada peringkat ini putaran badan berlaku.

Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tangan, tapak tangan, jari dan akhirnya peluru.  Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah.

Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan.  Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta.  Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan.

Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya.

FASA-FASA

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru :

  1. 1. Fasa Persediaan
  2. 2. Fasa Gelungsuran
  3. 3. Fasa Lontaran
  4. 4. Fasa Pemulihan

LATIHAN ANSUR MAJU

Sepintas Ialu, pada anggapan umum memang mudah melakukan lontaran, dan sesiapa sahaja boleh melakukan lontaran tanpa masalah. Akan tetapi apakah kita yakin cara kita melakukan lontaran bola besi seberat lebih kurang tujuh kilogram itu mematuhi syarat dan aturan yang ditetapkan?.  Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan.

Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan pelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut:

1.  Cara memegang peluru.

2.  Persediaan dan pergerakan awal.

3.  Perlakuan melontar.

4.  Pendaratan peluru.

5.  Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.

CARA MEMEGANG PELURU

Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.

Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna.

1.  Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.

2.  Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong.

3. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan.

4.  Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi.  Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.

PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL

Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang, serta pegangan peluru  juga selesa dan selamat, bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru.  Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakulcan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbaza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan ikut lajak mengikut teknik lontaran yang digunakan.

Teknik Lontaran Berdiri Statik

Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.

Berikut adalah panduan dalam menggunakan teknik berdiri statik.

1.  Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dan lantai bulatan.  Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher.  Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.

Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan.

3.  Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar.

4.  Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dan bulatan lontaran.

5.  Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

6.  Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian peserta mengawal pergerakan badan, tangan dan kakinva selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s