Lompat Tinggi – Bahagian 5

Standard

UNDANG-UNDANG

Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini. Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut :

  1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.
  2. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya semasa melonjak.
  3. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat.
  4. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.
  5. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya sebelum itu.
  6. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.
  7. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.
  8. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.
  9. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
  10. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia :
    1. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.
    2. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.
    3. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus menarik diri daripada sesuatu lompatan tertentu.
    4. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan tidak menghadirkan diri.

ATURAN MELOMPAT

Sebelum pertandingan bermula pegawai pertandingan hendaklah memastikan semua peralatan dan kawasan untuk acara ini disediakan selengkapnya, termasuk dari aspek keselamatan peserta. Peserta juga hendaklah dimaklumkan tentang masa dan tempat acara ini diadakan. Mereka juga hendaklah diberikan masa dan peluang untuk membuat lompatan percubaan atau menyesuaikan diri dengan kawasan dan peralatan yang disediakan sebelum pertandingan bermula.

Bagi sesuatu pertandingan, para peserta akan dikehendaki membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang telah ditetapkan, mengikut tingkat dan keupayaan para peserta. Jika peserta berjaya melepasi palang, ketinggian ditingkatkan sehinggalah sejumlah peserta umpamanya 8 atau 12 orang peserta dipilih untuk pusingan akhir. Dalam pusingan akhir ini, semua peserta diberikan tiga lompatan untuk satu-satu ketinggian. Sekiranya peserta itu berjaya melepasi ketinggian dengan hanya sekali lompatan sahaja, dia akan meneruskan lompatan untuk melepasi ketinggian seterusnya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian berikut.

Mana-mana peserta yang gagal melepasi palang menerusi tiga percubaan pada sesuatu ketinggian akan terkeluar daripada pertandingan, kecuali apabila semua gagal melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya melepasi lompatan yang tertinggi. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peserta yang berjaya melompat  pada ketinggian yang sama pada ketinggian terakhir, penetuan tempat adalah menerusi bilangan lompatan yang dibuat. Jadual berikut adalah contoh penetuan kedudukan peserta jika lebih daripada seorang peserta berjaya pada sesuatu ketinggian tertentu.

Acara Lompat Tinggi K1 (L) Lompatan Catatan
Bil Nama Peserta 1 2 3 Keputusan
01 Amiruddin Ali x /
02 Faizal Mustaffa x x /
03 Abu Kassim Daud / Pemenang
04 Ahmad Dali x x /

Untuk melakukan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil beberapa langkah larian dari satu titik atau tempat yang ditentukannya sendiri, sama ada dari sebelah kiri atau kanan lorong larian itu. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai. Sebelum itu pegawai pertandingan akan mengukur ketinggian palang dan memaklumkan kepada semua peserta. Ketinggian palang ini diukur secara menegak dengan sudut 90° dari permukaan gelanggang.

Peserta juga bebas menggunakan cara atau teknik lompatan yang disukai. Walaupun kini hampir semua peserta, malah diperingkat sekolah pun menggunakan gaya Fosbury, penggunaan teknik lain boleh diteruskan asalkan gaya ini menjadi kegemaran dan keselesaan peserta. Peserta hendaklah melompat melepasi palang yang disediakan dan mendarat dengan selamat di kawasan pendaratan. Ini dilakukan untuk ketinggian berikutnya sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu dan pemenang dapat ditentukan.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

  1. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.
  2. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong.
  3. Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
  4. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
  5. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.
  6. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
  7. Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
  8. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.
  9. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
  10. Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.
  11. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

  1. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.
  2. Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
  3. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.
  4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap tempat pendaratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta ketika melompat.

ISTILAH-ISTILAH ACARA LOMPATAN

Ujian Abalakov

Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti bakal atlit-atlit acara lompat tinggi dengan cara mengukur hasil campuran kekuatan kaki dan kuasa.

Seseorang atlit berdiri di atas kotak ketinggian 50 cm dan permulaan berdiri setempat, loncat dengan sebelah kaki (hop) dari kotak kepada lantai, loncat sekali lagi atas kaki yang sama dan lompat dan mendarat dengan dua kaki seperti dalam daratan lompat jauh. Jarak dari hujung kotak dan tanda pendaratan (point of landing) diukur.

Hayunan Tangan

Dalam acara lompat tinggi, didapati ada empat jenis hayunana tangan yang tetentu yang boleh digunakan dalam fasa ‘take off’ ; hayunan tangan sebelah dalam sahaja ; atau membiarkan kedua-dua belah tangan berada rendah di sisi.

Back Overs

Satu jenis senaman di mana seseorang atlit berdiri dengan satu jarak tangan dari palang dengan bahagian belakang si pelompat menghalang palang. Kemudian melompat menuju ke arah belakang melepasi palang daripada kedudukan berdiri setempat.

Flop

Posisi lompat tinggi susunan belakang (back lay out) yang diperkenalkan oleh Dick Fosbury dari Amerika Syarikat semasa beliau telah memperkenalkan teknik ini di Kanada.

Lipatan Tumit

Istilah yang digunakan untuk menerang lipatan aktif bahagian tumit kerana punggung semasa seserang pelompat sedang melepasi palang. Pergerakan ini menyebabkan bahagian punggung dan paha semasa melepasi palang.

‘Menggerakkan Kedudukan Badan Tegak’

Istilah yang digunakan semasa menyuruh atlit-atlit mengekalkan kedudukan badan yang tegak selepas ‘melonjak’ ; (take off). Ia menerangkan pergerakan badan yang tegak menuju ke atas dalam acara lompat tinggi untuk menekankan kepada pelompat bahawa mereka tidak boleh melentik ke belakang dengan kepala, tangan atau bahu sebelah dalam.

Pergerakan Lutut

Istilah yang menerangkan pergerakan lutut tegak ke atas yang perlu dilakukan oleh seseorang pelompat selepas lonjakan.

Pergerakan lutut secara melintang badan untuk membantu putaran badan sebelum mencapai posisi ‘lay out’ adalah satu anggaran yang salah.

Buku Harian Latihan

Buku harian yang digunakan untuk mengesani latihan harian. Ia berbeza mengikut pergerakan umur dan taraf pencapaian atlit.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s