Lompat Tinggi – Bahagian 6

Standard

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN LATIHAN DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Apa dia kecergasan?

Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di mana kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan.

Kecergasan bolehlah diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap daripada segi jasmani, rohani, emosi dan sosial.

Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi.

Kesemua faktor ini ditentukan oleh :-

  1. Faktor persekitaran.
  2. Faktor keturunan.
  3. Faktor corak hidup.

Komponen Kecergasan

Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu :-

  1. Kecergasan Sosial.
  2. Kecergasan Mental.
  3. Kecergasan Fizikal.
  4. Kecergasan Emosi.
  5. Kecergasan Rohani

Konsep kecergasan di atas adalah syumul atau komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.

a. Kecergasan Sosial

Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya. Oleh itu, ia perlulah cergas melibatkan diri dalam aktiviti sosial agar ia dapat memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara, kecergasan sosial akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya menjadi alat yang berkesan ke arah perpaduan negara.

b. Kecergasan Mental

Kecergasn mental merupakan kesedaran seseorang individu itu terhadap dirinya, masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaina dan pengukuran yang adil tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

Juga dengan adanya kecergasan mental ini membolehkan seseorang individu itu melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan masyarakatnya dengan menggunakan daya kerja setimpal.

c. Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua aspek terbesar seperti mana pendapat Corbin dan Lindsey (1979), serta Hockey (1981), iaitu aspek kesihatan dan aspek perlakuan.

Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima komponen dengan melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan utama. Lima komponen tersebut ialah :

  1. I.      Daya tahan kardiovaskular.
  2. II.      Kekuatan otot.
  3. III.      Daya tahan otot.
  4. IV.      Kelenturan dan kelonggaran
  5. V.      Komposisi tubuh badan.

Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah :-

  1. I.      Koordinasi.
  2. II.      Imbangan.
  3. III.      Ketangkasan.
  4. IV.      Kuasa.
  5. V.      Masa Tindakan.
  6. VI.      Kepantasan.

d. Kecergasan Emosi

Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani / fizikal, kecergasan sosial dan kecergasan mental ialah pengawalan emosi. Oleh itu pengetahuan mengenainya perlulah ada agar seseorang itu tidak bertindak mengikut perasaan.

Untuk itu bagi pembinaan asas kecergasan emosi, pengetahuan psikologi, kualiti kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang berat. Kecergasan emosi membolehkan seseorang itu melakukan integrasi, perpaduan, keeratan dalam kumpulan (team work), hormat menghormati, disiplin diri, teguh menghadapi cabaran dan mudah diterima oleh masyarakat.

e. Kecergasan Rohani.

Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh, kuat daripada segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Kecergasan rohani merupakan ketegapan jangka panjang yang boleh membawa kesihatan dan penigkatan kualiti kemanusiaan, keperibadian bangsa, kepimpinan, produktiviti, disiplin diri, kepuasan diri (self-satification), self-astualisation.

KESIMPULAN

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan,   banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.

Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.

Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai set untuk memantapkan atlit.

Segala bentuk latih tubi yang di adakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s