Lompat Tinggi – Bahagian 2

Standard

PRINSIP-PRINSIP MEKANIK DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Secara amnya terdapat beberapa aspek prinsip mekanik dalam acara-acara sukan termasuk olahraga. Prinsip-prinsip mekanik yang terlibat dalam acara lompat tinggi ini dibincang dengan ringkas :-

a) Pergerakan

Terdapat dua jenis pergerakan iaitu :-

i)                    Pergerakan mendatar (Linear Motion)

ii)                  Pergerakan menegak (Vertical Motion)

Dengan ringkas, seseorang atlit perlu meminda pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak.

Gambarajah berikut menerangkan prinsip ini.

Gambarajah 1 : Prinsip pergerakan

A – Pergerakan Mendatar.

B – Pergerakan Menegak.

C – Vektor Resultant

  1. Lari landas menghasilkan pergerakan mendatar A.
  2. Lonjakan dari lari landas di point X menghasilkan pergerakan menegak B.
  3. Hasil gabungan pergerakan mendatar dan pergerakan menegak mengakibatkan layangan dalam bentuk parabola C.

b. Momentum

Halaju dan momentum adalah konsep-konsep penting dalam kemahiran sukan. Momentum adalah hasil darab jisim dan halaju ialah kuantiti pergerakan yang dikandung oleh sesuatu jasad. Lebih meningkat halaju atau lebih berat jisim, maka momentum jasad itu akan bertambah.

Ia juga boleh dipindahkan dari sebahagian badan ke seluruh badan misalnya hayunan atau kilasan kaki bebas dengan kuat pada fasa lonjakan dalam lompat tinggi supaya dapat menghasilkan momentum yang lebih untuk membawa badan pada takat yang lebih tinggi. Pergerakan lengan dan bahu juga menolong melonjakkan badan ke atas.

_

c. Daya Sentrifugal

Gambarajah 2 : Daya Sentrifugal

  1. Daya Sentrifugal
  2. Daya Sentripetal.
  3. Daya Ikut Tangen

Selain daripada pergerakan mendatar dan menegak terdapat juga daya sentrifugal. Apabila sesuatu jasad melakukan pergerakan dalam bentuk sesuatu bulatan, pada hakikatnya terdapat satu jenis daya yang bertindak ke arah pusat bulatan itu dan satu lagi daya yang sama wujud dalam arah yang bertentangan. Daya yang bertindak ke luar dikenali sebagai Daya Sentripetal. Kedua-duanya dilaksanakan hanya apabila ada geseran pada bumi di pusat bulatan.

Sekiranya terdapat suatu daya sentrifugal sebagai bertindak kepada pusat bulatan dan tidak terdapat geseran pada pusat itu, maka daya ini akan dilepaskan pada titik bulatan yang tertentu dan memecut dalam bentuk tangen pada pusat bulatan itu.

Gambarajah 3 : Arah Daya Sentrifugal Dalam Lompat Tinggi

Untuk mencapai lonjakan yang tinggi, seseorang atlit itu haruslah menggabungkan konsep-konsep pergerakan dengan daya sentrifugal seperti rajah di atas.

d. Putaran

Pergerakan-pergerakan putaran bertujuan mendapat layangan merentasi palang adalah dua jenis iaitu ‘direct’ dan I’indirect’. Putaran direct dicapai semasa atlit ada kontrak dengan bumi manakala putaran indirect semasa atlit tidak mempunyai kontrak dengan bumi.

Putaran indirect dicapai dengan membawa masuk dengan kuat kaki bebas setelah lonjakan untuk menambah lagi daya sentrifugal.

e. Graviti Dan Pusat Graviti

Satu daripada prinsip yang sangat penting adalah daya graviti bumi yang berkesan pada atlit dan bagaimana atlit itu boleh memindahkan pusat graviti pada badannya supaya memperolehi lompatan yang paling berjaya.

Ketinggian yang lebih boleh dicapai dengan jumlah daya yang sama sekiranya pusat graviti ditempatkan rapat kepada bahagian atas palang. Walau bagaimanapun gaya-gaya yang membolehkan penempatan pusat graviti seperti ini juga melibatkan atlit-atlit mendarat dalam posisi yang mencemaskan.

Konsep di atas digambarkan oleh Gambarajah 4. Jasad-jasad a dan b yang kedudukannya menegak dapati pusat graviti masing-masing agak jauh di atas palang. Manakala dalam jasad c, terdapat kedudukannya yang leper membolehkan pusat graviti adalah sangat hampir pada palang.

Gambarajah-gambarajah di bawah menunjukkan beberapa gaya dalam acara lompat tinggi yang tidak sempurna dari segi pemindahan pusat supaya mendapat satu lompatan yang tinggi. Tanda x menunjukkan pusat graviti atlit yang tinggi di atas palang.

PRINSIP AKSI – REAKSI

Konsep : Walaupun arus jalan pusat graviti tidak boleh diubah setelah kaki meninggalkan bumi dengan mengubahsuaikan segmen-segeman tertentu dalam badan secara mengaplikasikan hukum reaksi membolehkan segmen-segmen badan mengikuti itu di angkat.

Konsep menerangkan bahawa apabila sesuatu bahagian badan dikenakan sesuatu gerakan tertentu, maka kita akan mendapat satu pergerakan di  bahagian badan yang lain.

Apabila kedua belah tangan atlit di hayun dengan kuat semasa lonjakan seluruh badan akan turut terangkat. Setelah lonjakan seluruh kaki bebas ditarik masuk dengan kuat untuk menghasilkan putaran badan. Dengan ini kedua belah kaki akan dapat melepasi palang. Ketika bahagian pinggang melepasi palang, pinggang dilenturkan. Pergerakan inilah mengangkat kedua tangan dan kedua kaki melepasi palang dengan mudah.

Semasa lari landas dilakukan, tumit kaki hadapan di tanam dengan kuat, reaksi dari tindakan ini akan memindahkan pergerakan mendatar kepada pergerakan menegak. Prinsip-prinsip yang telah dibicangkan ini adalah mustahak bagi seseorang atlit untuk mencapai tahap pencapaian lompatan yang tinggi.

HUKUM-HUKUM NEWTON

Prinsip-prinsip mekanik juga melibatkan hukum-hukum seperti di bawah :

  1. Hukum Inertia (Hukum Pertama)

Setiap jasad akan terus berada dalam keadaan rehat atau terus bergerak dengan halaju yang sekata pada satu arah lurus sehingga terdapat satu daya yang mengubah keadaannya.

  1. Hukum Pecutan (Hukum Kedua)

Kadar penurunan momentum adalah secara terus dengan daya yang digunakan dan pertukaran ini berlaku pada arah yang sama dengan arah tindakan daya.

  1. Hukum Tindakbalas (Hukum Ketiga)

Untuk sebarang tindakan selalu terdapat suatu tindakbalas yang sama magnitutnya tetapi pada arah yang bertentangan.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s