Ping Pong 1

Standard

1.0 PENGENALAN KEPADA PING PONG

Permainan ping pong atau ‘table tennis’ adalah satu sukan yang dimainkan oleh dua atau empat orang bermain, dan menggunakan raket (juga dikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasan lawan. Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pong dan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.

Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanya sekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasan pihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

2.0 SEJARAH & PERKEMBANGAN PING PONG

2.1 Sejarah & Perkembangan Di Dunia Pada mulanya permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain. Corak dan bentuk permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire, dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang kemudiannya diperkenal sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.

Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mula memasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima, Whiff Waff, Flim Flam dan Table Tennis. Apabila raket yang kosong disaluti velum diperkenalkan, istilah pingpong pun dicipta. Ia diambil daripada bunyi ‘ping’ apabila bet bertembung dengan bola dan bunyi ‘pong’ terhasil akibat dari bunyi bola melantun di meja permainan.

Dan sekali lagi James Gibb telah mencadangkan kepada pengilang John Jaque Ltd. bahawa nama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran mereka. Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest. Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telah mendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia.

Persatuan Pingpong (The Pingpong Association) telah dibuka. Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927. Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripada Fred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungary boleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukan mereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasi beliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapat perhatian serius masyarakat dunia.

Pemain-pemain eropah boleh dikatakan telah menguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabat tangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainan ini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengan kemunculan sandwich atau span terbalik (inverted sponge) iaitu satu bahan baru untuk membuat muka pukulan bet.

Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipis (pimpled rubber) telah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran (spin) hanya memainkan peranan kecil dalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru ini yang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan.

ITTF sebagai badan pengawal (the rulling body) dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baru ini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adil kepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalan dan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Para juara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju (fast attacking speed and spin).

Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen-holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959. Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpong yang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dan dekat dengan meja.

Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an, pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia, terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalam perlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara lain dalam bahagian wanita.

Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner, Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan, Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia pingpong. Dalam bahagian wanita pula, pemain-pemain dari China, Korea Utara, Korea Selatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dari Sweden, Hungary dan Rusia.

Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakin kukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripada perkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagai salah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul pada tahun 1988.

Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandingan akhir perseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada 1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun itu hanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.

Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkat benua, iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan tersebut terdiri dari : 1. African Table Tennis Federation 2. Asian Table Tennis Union 3. Europian Table Tennis Union 4. South American Table Tennis Confederation 2.2 Perkembangan di Malaysia

Pada tahun 1952, sebuah persatuan pingpong ditubuhkan dan persatuan ini dirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Pingpong Malaya. Pada tahun 1964, Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) pula ditubuhkan dan selepas itu perkembangan pingpong di negara ini dipesatkan. Ini terbukti dengan aktiviti-aktiviti persatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negeri mahupun luar negara.

Pada masa sekarang, semua kaum telah kenal dengan permainan pingpong dan ramai penduduk di negara ini menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Sehingga tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertandingan antara negeri-negeri Malaysia adalah daripada keturunan cina. Pada tahun 1974, dan sehingga 1982, pertandingan untuk kaum lain (bukan cina) dimulakan. Ini adalah satu langkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaan perkauman dalam permainan ini.

Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukar menjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernah mewakili dibenarkan bertanding. Diharap juga dengan lebih ramai pemain bukan cina bermain pingpong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akan diperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.

Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelaki telah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dan kita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. Dalam Kejohanan Pingpong Dunia ke-32 di Yugoslavia pada tahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalam bahagian lelaki manakala ke-19 daripada 40 buah negara bagi wanita.

Di samping itu, Persatuan Pingpong Malaysia juga menjadi pengasas Asian Table Tennis Union pada tahun 1972 dan sejak itu Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pingpong di Asia. Dalam kalangan negara-negara Asean pula, Malaysia pernah menjadi pengerusi dan jawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, buat kali pertama seorang wakil dari Malaysia, Dato’ Michael Chen telah dilantik menjadi ahli ITTF, sebuah badan sukan pingpong tertinggi dunia.

Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yih telah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh demikian, Persatuan Pingpong Malaysia berjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yang diberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981), ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyai kebolehteknikal yang tinggi.

Sejak tahun 1990, Malaysia telah menghantar beberapa pemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihan intensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri dari pelbagai latarbelakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai 15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera. Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35 orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadil kebangsaan yang menjalankan tugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan.

 

3.0 PERALATAN PERMAINAN

Sebelum memulakan permainan pingpong, setiap peralatan haruslah disediakan dengan teliti dan teratur. Pingpong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luar dewan kerana ia hanya memerlukan sedikti sahaja ruang dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.

Permainan pingpong memerlukan sebuah meja, sebiji bola pingpong, dua buah bet (bagi permainan secara individu)

 

. 3.1 Meja Meja

Meja pingpong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjang dan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuat dari pelbagai bahan tetapi mestilah memberi lantunan (bounce) bole lebih kurang 23 cm tinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarna gelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2 cm di setiap empat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jaring yang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu, kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada 2 bahagian yang sama oleh garisan tengah yang tebalnya 3 mm dan selari dengan garisan tepi meja.

3.2 Bola Bola

Bola pingpong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola pingpong boleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastik yang sama dan berwarna putih atau kuning yang pudar. Bola pingpong digred kepada satu bintang sehingga tiga bintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola pingpong mudah diperolehi dan harganya tidaklah mahal.

3.3 Jaring

Jaring untuk permainan pingpong terdiri dari jaring dan peralatan untuk memasangnya ke meja pingpong, dan sering disebut gabungan jaring (net assembly). Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiap garisan tepi. Tinggi jaring adalah 15.25 cm di atas permukaan.

3.4 Bet

Oleh kerana terdapat berbagai-bagai jenis bet di pasaran pada masa kini, sehingga untuk memilih bet boleh menjadi satu masalah. Bagi mereka yang baru belajar bermain terutamanya terdapat beberapa panduan mudah yang boleh diikuti. Bet berbeza mengikut bentuk dan corak tetapi keselesaan patut diutamakan. Jika ia kelihatan cantik sahaja tetapi tidak selesa dipegang, kita tidak harus memilihnya.

Bet sepatutnya sepatutnya natural apabila digunakan tanpa menghalang atau menggangu teknik permainan kita dan membenarkan kita mengekalkan kawalan maksimum ke atas pukulan kita. Berat bet dan jenis bet yang digunakan juga harus membenarkan keselesaan dan bersesuaian dengan corak permainan kita. Sesuatu bet serba boleh adalah diperbuat daripada kayu lembut yang tidak melebihi lima lapisan getah.

Getah yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah getah terbalik ‘reverse’ yang licin dan rata dengan lapisan berbintik-bintik terbalik (inverted pimples) di bawah dan diikuti oleh satu lapisan span. Jenis kedua ialah getah berbintik keluar (pimples out) dengan atau tanpa satu lapisan span. Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logo ITTF.

Getah yang digemari ramai ialah getah yang terbalik (reverse) yang boleh mengubah sifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dan keras lapisan span, semakin cepat bola memantul (rebound) daripada bet. Di bawah undang-undang pingpong, tebal keseluruhan getah dan span tidak boleh melebihi 4 mm.

Jika getah digunakan pada kedua-dua permukaan bet, maka warnanya mestilah sebelah berwarna hitam dan sebelah lagi berwarna merah. Jika kayu digunakan pada salah satu permukaan, warnanya mesti warna hitam atau merah yang dicelup tetapi bukan dicat. Getah berbintik keluar dari span, boleh dibahagi lagi kepada bintik-bintik pendek dan bintik-bintik panjang. Getah berbintik pendek digunakan oleh pemain corak penyerang untuk memukul balik putaran lawannya kerana getah jenis ini mempunyai darjah kawalan yang tinggi. Kelemahannya ialah putaran yang dijanakan adalah tidak sekuat putaran getah terbalik.

Seorang pemain pakar menggunakan jenis ini ialah Jiang Jiliang dari China, johan perseorangan dunia pada tahun 1985 dan 1987. Getah berbintik panjang digunakan oleh pemain yang menggunakan corak permainan bertahan. Kelebihannya ialah ia boleh membalikkan putaran atas dan memulangkan putaran bola belakang. Kelemahannya ialah ia amat susah dikawal dengan baik. Seorang pemain pakar dalam bidang ini ialah Li Gun Sang dari Korea Utara dan beliau sekarang mewakili Great Britain.

3.5 Pemain & Pakaian

Seperti yang dimaklumkan, pingpong boleh dimainkan secara perseorangan lelaki dan wanita dan beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran. Pakaian untuk seorang pemain lelaki dan wanita termasuk baju lengan pendek, seluar pendek, stoking dan kasut. Warna baju dan seluar bergantung pada kehendak pemain atau pasukan yang diwakilinya. Pakaian yang sesuai dan selesa dapat membantu sewaktu permainan.

3.6 Kawasan (Arena)

Permainan Permainan pingpong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdaftar, seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainan pingpong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanan dan pihak penganjur.

Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak boleh kurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satu gelanggang. Arena ini mestilah dikelilingi oleh pelindung (surrounds) yang tingginya 75 cm. lantai arena mestilah berwarna gelap. Lampu mesti dipasang dengan jarak tidak kurang dari 4 meter dari lantai.

Di negara kita terdapat banyak dewan dan stadium tertutup yang sering digunakan juga untuk perlawanan dan pertandingan pingpong sama ada di peringkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Umpamanya Stadium Negara dan Stadium Badminton Kuala Lumpur pernah dijadikan arena pertandingan bertaraf dunia.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s