Category Archives: Bola Tampar

Bola Tampar (Siri 2)

Standard

BOLA TAMPAR SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan bola tampar diperkenalkan kira-kira seratus sepuluh tahun (110 tahun) yang lalu, iaitu pada tahun 1895. Orang yang bertanggungjawab memperkenalkannya ialah William G. Morgan. Beliau telah memperkenalkan permainan tersebut di Holyoke, Massachussetts, Amerika Syarikat. Ketika itu beliau mendapati permainan bola keranjang agak lasak dan bercadang untuk memperkenalkan permainan yang seumpamanya tetapi kurang lasak.

Pada mulanya, permainan ini dinamakan ‘Mintonette’, tetapi ditukar kepada ‘volley ball’ kerana permainan tersebut banyak menggunakan pergerakan secara lambung atau lambungan. Permainan tersebut menjadi agak popular. Tambahan pula ia menggunakan tiub bola keranjang yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kecederaan dan kesakitan pada tangan para pemain.

Permainan ini mula dipopularkan di luar Amerika Syarikat pada 1900 di Kanada, Cuba 1905, Puerto Rico 1909, Filiphina 1910, Uruguay 1912, China 1913 dan Jepun 1917. Ia terus berkembang selepas Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, terutamanya oleh tentera-tentera Amerika Syarikat.

Pertubuhan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris pada tahun 1947. Kejohanan Antarabangsa Pertama pula diadakan pada tahun 1949, iaitu hanya untuk kaum lelaki sahaja. Hanya pada tahun 1952, kejohanan tersebut membuka penyertaan kepada kaum wanita. Permainan ini kemudian maju setapak lagi apabila diterima dan dipertandingkan di Sukan Olimpik, pada tahun 1964 Di Malaysia, permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1927. Persatuan Bola Tampar Amatur Malaysia atau MAVA ditubuhkan pada tahun 1959.

BAGAIMANA BOLA TAMPAR DIMAINKAN

Bola tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain utama dan enam pemain simpanan. Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas undian untuk memulakan servis dilakukan. Skor (Pengiraan Mata)

1.Di peringkat antarabangsa, pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula, pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai pemenang.

2. Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan, skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.

3. Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5 saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain (atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata (bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika markah diperoleh.

PUKULAN-PUKULAN DALAM PERMAINAN BOLA TAMPAR

1. Pukulan Menyangga (Digging)

Teknik untuk menyangga. Rapatkan kedua-dua ibu jari Luruskan lengan untuk menyangga dengan baik Rendahkan badan supaya bola yang disangga melepasi jaring

2. Pukulan Mengumpan (Setting)

Buka jari-jari supaya membentuk tiga segi seperti di dalam gambar dan sentuh bola pada ketinggian kepala Kemahiran mengumpan bola penting supaya rakan sepasukan dapat membuat rejaman
3. Pukulan Rejam/Rejaman (Spiking)

Pukulan rejaman dibuat dengan tapak tangan terbuka dan dikeraskan

4. Menghalang (Blocking)

Teknik Pukulan Rejaman Lonjakan bagi menghalang pukulan hendaklah dilakukan serentak dengan lonjakan pemain lawan yang merejam bola
4.   Cara Servis – 4 cara

1 . Pergerakan secara turutan kemahiran servis bawah tangan dengan menggunakan bahagian pangkal tapak tangan yang keras atau bahagian belakang tapak tangan

2. Pergerakan secara turutan bagi kemahiran servis menggunakan teknik pusing 2 belakang

3.  Pergerakan secara turutan kemahiran servis gaya putar dengan bola dilambungkan sambil tangan memukul pada bahagian tepi bola.

4.  Pergerakan secara turutan kemahiran servis ala tenis dengan bola dilambungkan dengan ketinggian yang agak munasabah dan mudah bagi seseorang pemain untuk memukulnya.

PERMAINAN  RELI (RALLY)

Reli adalah keadaan di mana kedua-dua pasukan berbalas-balas pukulan. Pasukan yang sama handal akan membuatkan permainan berpanjangan dan menjadi menarik. Reli yang panjang membuat sesuatu permainan itu menjadi menarik

CADANGAN LATIHAN RALLY

1.  Servis Membuat latihan servis ke arah dinding

Tandakan pada dinding, garisan melintang yang mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah dan tiga meter. Pemain dikehendaki berdiri sejauh lima meter daripada jaring dan melakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding. Arahkan pukulan ke sasaran secara berperingkat-peringkat. Kemudian ulangi pukulan pada setiap sasaran sebanyak lima kali. Bola dipukul secara berperingkat-peringkat untuk latihan servis sehinggalah melepasi jaring Latihan servis ke dinding secara pukulan atas bahu.

2. Latihan Pukulan Sangga

Latihan Mengumpan Bola

Latihan menyangga bersendirian Melambung dan menangkap bola dengan ketinggian paras dahi

Latihan menyangga bola ke dinding bersama rakan

Latihan menyangga boleh dilakukan ke arah dinding pada jarak 1 meter dan pada arah ketinggian kira-kira 1.8 meter.

3.  Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding

Latihan mengumpan dan menyangga pada dinding secara berpasangan Latihan mengumpan dengan menggunakan gelung rotan. Latihan mengumpan bersama rakan

4.  Latihan rejaman. semasa membuat rejaman, tangan tidak boleh menyentuh atau melintasi jaring

5. Latihan Menghalang/Membuat Hadangan (Blocking) Lonjakan serentak di hadapan jaring Melonjak dan memukul bola melepasi jaring untuk latiham merejam bola

Latihan merejam dan menghalang bola.

Bola Tampar

Standard

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR


1. Kemahiran servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian

belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.

Servis atas kepala

Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan

  • Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
  • Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
  • Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
  • kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
  • Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Fasa Perlaksanaan

  • Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
  • bahu lengan yang membuat servis.
  • Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
  • Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling
  • bola.
  • Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
  • Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan
  • putar depan

3) Fasa ikut lajak

  • Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
  • Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan

Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

1) Fasa Permulaan

Ø Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.

Ø Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan

Ø kanan (right handed server).

Ø Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.

Ø Bengkokkan sedikit lutut.

Ø Badan menghadap ke hadapan.

Ø Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan

sebelah kanan badan.

Ø Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Fasa Perlaksanaan

Ø Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.

Ø Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan

Ø Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).

Ø Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam

Ø Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan

akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.

Ø Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian

bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).

Ø Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

3) Fasa Ikut Lajak

Ø Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

Ø Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.

Ø Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.