Category Archives: Olahraga

100 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1500 meter, 3000 meter,110 meter lari pagar, 100 meter lari pagar, 4 X 100 meter, 4 X 400 meter, Marathon, Hepthatlon, Penthatlon, Lari Berhalangan, 5000 meter, 10000 meter
Lompat Jauh, Lompat Kijang, Lompat Tinggi, Lontar Peluru, Rejam Lembing, Lempar Cakera, Baling Tukul Besi, Lompat Galah,

Sejarah acara balapan dan padang (olahraga)

Standard

Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan lain. Ini disebabkan dalam olahraga – terdapat banyak acara baik untuk lelaki mahupun wanita, dan acara-acara ini sama ada secara perseorangan ataupun ber­pasukan. Jika dalam sukan bola sepak, hanya satu pingat emas dijadikan rebutan dalam kebanyakan sukan terbesar dunia seperti Sukan Olirnpik, Sukan Asia atau Sukan SEA, walaupun terdapat se­kurang-kurangnya sebelas orang pemain dalam sesebuah pasukan. Dalam olahraga setiap acara mempertarunhkan pingat emas. Dengan hanya memenangi satu acara sahaja sudah cukup untuk mendapatkan pingat. Ini bermakna dalam kebanyakan perjumpaan sukan yang dinyatakan, hampir 40 pingat dipertaruhkan bagi acara olahraga.

Semua acara dalam olahraga merangkumi aktiviti larian, lompatan dan lontaran. Seorang atlit mungkin ber­kemampuan dalam satu atau dua aktiviti, tetapi adalah sukar bagi seseorang itu mahir dalam ketiga-tiga acara mi.Kebanyakan; atlit lebih suka ineng­khususkan penyertaan dan penglibatan mereka, terutamanya di peringkat antarabangsa- Dengan itu mereka lebih mudah meningkatkan prestasi dan semasa ke semasa dengan hanya rnengambil bahagian dalam satu atau dua acara.

Pengkhususan

Di peringkat sekolah, seseorang munid dibenarkan mengambil bahagian dalam sejumlah tertentu acara yang mereka gemari atau yang mereka kuasai, sama ada daripada kumpulan larian, lompa tan atau lontaran. Selain mengambil bahagian dalam acara-acara individu, mereka juga digalakkan mengambil bahagian dalam acara-acara berpasukan seperti lan berganti-ganti. Qleh yang demikian, tidak hairanlah jika kita dapati dalam sesuatu perjurnpaan olahraga peringkat sekolah, seseorang murid mampu merangkul banyak pingat mene­rusi pelbagai acara.

Bagaimanapun guru pengawas atau jurulatih akan memberi nasihat dan panduan tentang sesuatu acara yang harus disertai atau dikhususkan. Ini disebabkan di peringkat yang lebih tinggi, teknik sesuatu acara sukan rnenjadi lebih rumit. Tidak mungkin seorang atiit itu mampu meraih kejayaan dalam semua acara yang disertainya. Jadi bagi mengelakkan daripada menemui kegagalan, sudah tentu peserta akan memilih acara yang sesuai baginya yang mampu menjanjikan sesuatu kejayaan. Malah di peringkat antarabangsa sekali pun, dengan hanya mengarnbil bahagian dalam satu acara tertentu sahaja seseorang olahragawan mampu mencatat nama di peringkat tertinggi, dan mampu dijadikan contoh kepada olahragawan lain di seluruh duma.

Dengan melakukan pengkhususan begini, mereka dapat menumpukan seluruh perhafian kepada seüap aspek lathan yang bakal mereka ikuti. Malah mereka akan mempunyai jurulatih khas mengikut jenis acara yang mereka ceburi. Dengan itu sudah tentu bentuk latihan yang Iebih khusus dan mendalam akan mereka ikuti, dan bentuk ini mungkin berbeza mengikut perbezaan acara, walaupun semua mereka akan mengikuti latihan umum secara bersama.

Jenis-jenis Acara balapan

Pelbagai acara terdapat dalam sukan olahraga, walaupun olahraga merupakan salah satu acara sukan sejak beraba-­abad lagi. Perbezaan yang ketara antara olabraga dengan jenis sukan lain ialah bilangan acara yang banyak dan menyebabkan banyak jumlah pingat yang boleh dimenangi menerusi olaharaga, berbanding hanva satu pingat dalam sukan hda sepak atau hoki. Secara logik, adalah lebih ekonomik dan mudah jika penumpuan diberi kepada sukan olahraga kalau pungutan pingat di­jadikan ukuran tidak rasmi dalam menentukan keupayaan sesebuah pasukan atau negara.

Seperti yang dinyatakan terdahulu, acara-acara olahraga dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu larian, lornpatan dan lontaran. Terdapat acara-acara yang dikhaskan untuj le]aki sahaja, dan ada pula acara yang boleh disertai oleh lelaki dan wanita. Setiap acara mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri, yang harus dipatuhi oleh semua peserta. Dengan itu penentuan pertandingan adalah mengikut penyertaan dalam sesuatu acara dan bukan olahraga secara keseluruhartnva. Justeru itu pemenang dalam sesuatu acara dipilih daripada kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam acara itu sahaja.

Penganjur sesuatu perjumpaan olahraga boleh menentukan jenis atau bilangan acara yang mereka akan pertandingkan. Fäktor-faktor seperti bi]angan peserta, tingkat keupayaan mereka, kemudahan peralatan, ke­upayaan pihak penganjur, kewangan, keselamatan, keupayaan pegawai dan kaki tangan pengelola dan tempoh’ pertandingan akart menentukan bilangan dan jenis acara yang akan diper­tandingkan dalam sesuatu perjumpaan.

Umpamanva di peringkat sekolah, bilangan acara sukan sudah tentu ber­kurangan daripada jumlah acara tintuk sukan-sukan seperti Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Kornanwel atau Sukan Olimpik. Dalam Sukan Olimpik, walau­pun dianggap mempunyai jumlah acara olahraga yang maksimum, tetapi rnasih belum ]engkap sepenuh. Biasanva dalam Kejohanan Balapan dan Padang Antarabangsa, semua acara olaharaga dipertandingkan, termasuk untuk wariita.

Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :

Bil.

Kategori

Acara

Peserta

1. Lari Jarak dekat 100 m

200 m

400 m

Lelaki / Wanita

Lelaki / Wanita

Lelaki / Wanita

2. Lari Jarak Sederhana 800 m

1500 m

Lelaki / Wanita

Lelaki / Wanita

3. Lari Jarak Jauh 3000 m

5000 m

10,000 m

Wanita

Lelaki / Wanita

Lelaki

4. Lari berhalangan 3000 m Lelaki
5. Lari berpagar 100 m

110 m

400 m

Wanita

Lelaki

Lelaki / Wanita

6. Lari berganti-ganti 4 x 100 m

4 x 400 m

Lelaki / Wanita

Lelaki / Wanita

7. Marathon Lelaki / Wanita
8. Heptatlon 7 acara Wanita
9. Dekathlon 10 acara Lelaki
10. Berjalan kaki 5000 m

10,000 m

20,000 m

50,000 m

Wanita

Lelaki / Wanita

Lelaki

ACARA-ACARA KHAS

Selain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang jiga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga.Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak berbeza dan tersendiri) agak sukar untuk dikategorikan sebagai acara rbalapan,atauacarapadang. Umpama­nya, acara dekathon dan heptathon yang merupakan gabungan ketiga-tiga kum­pulan acara tersebut, mungkin juga bcileh dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton dan lumba jalan kaki.

Satu lagi acara yang sering diadakan di peringkat sekolah dan mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tank tali tetapi di kebanyakan perjumpaan olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tank tab lebih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai sukan sambil bergembira dan bukan per­tandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tank tab secara khusus, dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Marathon

Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai o]eh lelaki dan perempuan. Marathon sering diadakan dalarn perjumpaan olahraga utama –dunia, walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Sukan Olimpik Kuno lagi. Mengikut sejarah. acara ini  adalah sempena sejarah Greek Kuno sebagai lambang pembawa berita yang berlari sejauh 26 batu 385 ela sebelum dia meninggal dunia disebabkan keletihan. Acara marathon diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.

Lumba Jalan Kaki

Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejeni acara berjalan laju yang mungkin juga meupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Di perigkat sekolah acara irii tidak diadakan kecuali dalam perjumpaan sukan olahraga dewasa sahaja. Terdapat beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan. Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, ber­sempena sesuatu peristiwa atau hari-hari perayaan. Perkara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan ayunan tangan dapat menin~katkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlani dalam acara mm. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta, penonton seolah-olah beranggapan mereka benlari anak, tetapi sebenarnya tidak.

DekathIon

Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk lelaki sahaja. Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.

Hari pertama

Hari kedua

100 m

Lompat jauh

Lontar peluru

Lompat tinggi

400 m

110 m lari berpagar

Lempar cakera

Lompat bergalah

Rejam lembing

1500 m

Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling lengkap. Perserta yang mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan, kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan, peserta perlu mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga Amatur Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para pesertata dalam ke semua sepuluh acara itu diumlahkan dan eserta yang me­mungut mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Acara dekathon mi dipercavai ala pada akhir abad ke-19. Ketika itu terdapat 10 acara yang digabungkan, tempoh pertandingan hanva dalam sehari sahaja. Dekathon pertama kali disenaraikan sebagai acara Sukari Olimpik pada tahun 1012 ketika sukan itu diadakan di Stockholm. Ketika itu semua acara ini dijalankan dalam masa tiga hari. Bagaimanapun, kini acara tersebut diadákan dalam tempoh dua han sahaja bagi mengelakkan peserta daripada kemungkinan menjadi bosan dan membebankan. Kini dekatlon merupakan acara tetap dalam setiap perjumpaan olahraga utama dunia.

Heptathlon

Heptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua han. Acara-­acara yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti berikut:

Hari pertama

Hari kedua

100 m berpagar

Lompat tinggi

Lontar peluru

200 m

Lompat jauh

Rejam lembing

800 m

Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi jumlah keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertan­dingkan. Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian wanita.

BALAPAN UNTUK OLAHRAGA

Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Persediaan awal yang merangkumi perala tan dan kemudahan untuk setiap acara hen­daklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal diadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium bola.

Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Ini me­mudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi Iapan lorong di­sediakan. Balapan diperbuat daripada bi­tumen dan ada pula daripada tartan. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter . Di sekolah atau daerah, kebanyakan balapan dibuat apabila perjumpaan olahraga diadakan. Begitu juga dengan kemudahan untuk acara-acara padang. Bahagian atau kawasan tertentu di dalam padang dikhaskan bagi semua acara padang. Setiap pihak penganjur akan berusaha mengadakan kemudahan ini sebaik mungkin mengikut kesesuaian atau peringkat perjumpaan itu.

Latihan Litar

Standard


Latihan litar merupakan satu daripada sistem latihan yang paling “versatile” bagi kesesuaian fizikal. Latihan ini diperkenalkan pada tahun 1953 oleh Morgan dan Adamson di Universiti of Leeds, England.

Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika pelaku telah melakukan semua aktiviti yang dirancang. Latihan ini adalah sejenis latihan di mana peserta melakukan beberapa aktiviti secara bersiri atau dalam satu litar.

Morgan dan Adamson(1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksanaan latihan litar ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot, dan kardiovaskular, kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan.

Objektif :

a. Untuk meningkatkan daya tahan otot.
b. Untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular
c. Untuk meningkatkan dan melatih keupayaan aerobik dan anaerobik
d. Untuk meningkatkan kederasan mobiliti dan kuasa.

Sistem Tenaga :

1. ATP – PC(lebihan dominan)
2. Asid Laktik – Oksigen

Prinsip-prinsip latihan Litar :

Prinsip-prinsip latihan litar adalah berdasarkan peningkatan beban kerja(overload principle). Ini dapat dilakukan melalui :

a. Kawalan untensiti latihan
b. Meningkatkan secara beransur-ansur jumlah ulangan
c. Menambahkan bilangan set
d. Meningkatkan jangka masa aktiviti.

Kekerapan latihan :

1. 2 kali seminggu untuk 4 minggu awal
2. 1 kali seminggu untuk 4 minggu akhir

Kaedah / Pengelolaan latihan :

a. Setiap aktiviti hendaklah didemonstrasikan terlebih dahulu
b. Perlaku perlu memanaskan badan terlebih dahulu
c. Setiap individu mesti melakukan aktiviti semua stesen yang ditetapkan
d. Setiap aktiviti dilakukan selama 30 saat
e. Masa rehat diberikan selama 30 saat di mana pelaku dikehendaki bertukar stesen yang berikut
f. Pelaku dikehendaki melakukan 2 set di mana tedapat masa rehat selama 3 minit atau kadar denyutan jantung kurang daripada 120 denyutan seminit.

Rasional Pemilihan latihan ini

a. Sesuai untuk meningkatkan kecergasan otot dan sistem kardiovaskular
b. Konsep keindividuan dalam latihan ini membolehkan atlit maju mengikut tahap kemampuan maksimum individu
c. Penilaian kesan latihan boleh dilakukan dari masa ke semasa dengan merujuk kepada beberapa pembolehubah :
· Masa pencapaian
· Denyutan nadi sejurus selepas setiap litar
· Masa pemulihan selepas setiap litar
· Intensity/beban karja yang dilakukan

Akttiviti-aktiviti latihan litar yang disyorkan

1. tekan tubi
2. lari ulang alik sejauh 10 meter
3. bangun tubi
4. lompat bintang
5. kilas pinggang
6. skipping

Latihan Fartlek

Standard

Latihan Fartlek adalah berasal dari negara Sweden. Latihan ini dirancang bertujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. Latihan ini juga bermaksud sebagai ‘speed play’ di mana ianya melibatkan larian yang laju diselangi dengan larian perlahan di atas permukaan tanah semulajadi. Di dalam menjalankan larian, individu akan menentukan kelajuan mengikut keadaan dan kemampuan diri sendiri.

Objektif :

a. Membina keupayaan aerobik dan anaerobik
b. Meningkatkan kepantasan
c. Meningkatkan daya taha kepantasan

Sistem Tenaga :

1. ATP – PC
2. Asid Laktik
3. Sistem Aerobik

Kekerapan latihan :

Seminggu 2 kali sepanjang sesi latihan kitaran mikro

Rasional pemilihan latihan ini

a. Meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan atlit
b. Dapat membina sistem aerobik dan anaerobik
c. Mengurangkan rasa jemu dengan menggunakan lokasi latihan yang berbeza dan berdasarkan kemampuan individu
d. Melambatkan proses kelesuan
e. Dapat menyesuaikan diri dalam bentuk-bentuk kemahiran yang lain,apabila latihan ini dijalankan
f. Mendedahkan elemen kepantasan dalam latihan memandangkan acara yang ditumpukan ialah 110 meter lari berpagar.

Aktiviti-aktiviti fartlek yang disyorkan

a. Berlari perlahan-lahan
b. Lari bergradien (naik bukit dan turun bukit)
c. Striding
d. Lari pecut
e. Berjalan
f. Bounding

Latihan Jeda

Standard


Latihan Jeda adalah satu kaedah latihan untuk mencapai kecergasan fizikal dalam dalam larian berpagar terutamanya sebagai persediaan semasa pra musim. Ia merupakan satu sistem latihan yang diselang-selikan dengan kerja dan masa rehat. Peningkatan daya tahan kardiovaskular boleh dicapai melalui latihan Jeda. Ini dibuktikan oleh Annarino (1976), semasa musim persediaan atlit lari berpagar akan cuba membina asas yang kukuh dalam usaha meninggikan dan meningkatkan kecergasan sehingga ke musim pertandingan.

Latihan jeda digunakan untuk meningkatkan kecergasan fizikal para atlit. Kajian terhadap latihan ini telah membuktikan bahawa latihan Jeda yang merupakan satu siri ulangan yang berintensiti tinggi dengan masa rehat yang tertentu di antara siri tersebut adalah cara yang paling baik dan efisien untuk meningkatkan tahap ambang anaerobik seseorang atlit.

Objektif Latihan Jeda

a. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
b. Meningkatkan tahap ambang anaerobik
c. Meningkatkan daya tahan otot
d. Meningkatkan kemahiran atlit
e. Meningkatkan ketangkasan, kelembutan,kekuatan dan koordinasi.
f. Meningkatkan keupayaan anaerobik

Sistem Tenaga :

1. ATP – PC dan asid laktik(lebihan dominan)
2. Asid Laktik dan Oksigen

Prinsip Latihan Jeda

a. Latihan berintensiti tinggi atau sub-maksima dengan jangka masa yang pendek akan menggunakan system tenaga ATP – PC.Untuk meningkatkan sistem tenaga anaerobik para atlit maka penggunaan cara latihan ini adalah perlu.

b. Latihan berintensiti rendah dengan jangka masa yang panjang akan menggunakan sistem tenaga asid laktik dan oksigen. Cara ini akan meningkatkan lagi sistem tenaga aerobik atlit.

c. Intensiti latihan untuk setiap atlit diberikan mengikut keupayaan individu.

d. Latihan yang digunakan perlu ada penetapan kecepatan pergerakan yang meliputi masa untuk menyudahkan jarak.jauh jarak yang akan disudahi dan jangkamasa untuk pemulihan.

e. Latihan Jeda menggunakan angkubah-angkubah yang berikut ini :

1. Kadar dan jarak intensiti kerja yang digunakan
2. Bilangan ulangan setiap waktu latihan
3. Masa pemulihan di antara setiap waktu latihan
4. Masa Pemulihan diantara setiap jeda kerja
5. Kekerapan jeda kerja
6. Kemampuan dan keperluan individu diberikan perhatian bila merancang program latihan jeda

Kaedah Prerlaksanaan

Latihan Jeda boleh dijalankan denagan mengambil kira angkubah berikut :

· Menentukan kadar dan jarak kerja
· Bilangan ulangan untuk setiap waktu latihan
· Menentukan masa rehat
· Kekerapan latihan

Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan masa rehat yang berlainan dengan latihan yang berintensiti rendah atau sederhana.

Fox dan Mathews berpendapat bahawa masa pemulihan boleh ditentukan dengan cara :

1. Degupan masa jantung sasaran semasa latihan (KNL)
2. Degupan jantung sasaran semasa rehat (KNR)
3. Nisbah kerja dan rehat

Aktiviti Latihan Jeda yang disyorkan :

Minggu 9-12
Skip dan run over hurdle (150 m-5 set)

Minggu 13-16
Skip dan run over hurdle (200 m, 250 m, 300 m dan 350 m-2 set)

Umum

Teknik pecutan (60 meter- 5 set)

Rasional Pemilihan Latihan Jeda

a. Latihan Jeda adalah satu-satunya jenis latihan yang dapat memperbaiki dan meningkatkan potensi tenaga berbanding dengan jenis-jenis latihan suaian fizikal yang (Fox dan Mathew,1981). Oleh yang demikian latihan Jeda sesuai acara lari berpagar 110 meter yang menggunakan 98% sistem tenaga ATP – PC dan 2% sistem Asid Laktik.

b. Jurulatih dapat memanipulasikan kadar kerja,ulangan,jenis aktiviti semasa rehat dan kekerapan latihan dalam seminggu.

c. Latihan Jeda adalah pendekatan harian yang sistematik yang membolehkan seseorang itu memerhatikan kemajuan dengan mudah.

Merejam Lembing

Standard


Sejarah

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Prinsip asas merejam lembing

Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

Keselamatan para pelatih

Semasa membawa lembing

  • Mata lembing biarlah menghadap ke bawah
  • Jangan berlari

Semasa latihan

  • Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam
  • Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan
  • Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih
  • Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam
  • Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum

BAHAGIAN – BAHAGIAN LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.


Gaya memegang lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.
Kawasan rejaman lembing

Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Teknik rejaman lembing

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:

Fasa persediaan

Fasa lari landas

Fasa rejaman

Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles
  • Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa
  • Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah
  • Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman
  • Pandang kearah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala
  • Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal
  • Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya
  • Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi
  • Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang
  • Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing
  • Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

  • Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki
  • Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi
  • Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan
  • Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Lompat Tinggi – Bahagian 6

Standard

KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL DAN LATIHAN DALAM ACARA LOMPAT TINGGI

Apa dia kecergasan?

Ahli fisiologi mengatakan bahawa kecergasan merupakan keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan di mana kesenggangan dan ketika dalam keadaan kecemasan.

Kecergasan bolehlah diibaratkan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap daripada segi jasmani, rohani, emosi dan sosial.

Ini secara keseluruhannya melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi dan kecergasan fisiologi.

Kesemua faktor ini ditentukan oleh :-

  1. Faktor persekitaran.
  2. Faktor keturunan.
  3. Faktor corak hidup.

Komponen Kecergasan

Konsep kecergasan merangkumi lima aspek iaitu :-

  1. Kecergasan Sosial.
  2. Kecergasan Mental.
  3. Kecergasan Fizikal.
  4. Kecergasan Emosi.
  5. Kecergasan Rohani

Konsep kecergasan di atas adalah syumul atau komprehensif yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.

a. Kecergasan Sosial

Seseorang individu itu adalah ahli keluarga dan masyarakatnya. Oleh itu, ia perlulah cergas melibatkan diri dalam aktiviti sosial agar ia dapat memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Rakyat yang cergas akan menjadi sumber yang kaya kepada negara, kecergasan sosial akan dapat merapatkan masyarakat dan seterusnya menjadi alat yang berkesan ke arah perpaduan negara.

b. Kecergasan Mental

Kecergasn mental merupakan kesedaran seseorang individu itu terhadap dirinya, masyarakat dan negaranya serta dapat membuat penilaina dan pengukuran yang adil tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu.

Juga dengan adanya kecergasan mental ini membolehkan seseorang individu itu melakukan tanggungjawab yang positif terhadap diri dan masyarakatnya dengan menggunakan daya kerja setimpal.

c. Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua aspek terbesar seperti mana pendapat Corbin dan Lindsey (1979), serta Hockey (1981), iaitu aspek kesihatan dan aspek perlakuan.

Aspek kecergasan berlandaskan kesihatan merangkumi lima komponen dengan melibatkan kecergasan kardiovaskular menjadi tumpuan utama. Lima komponen tersebut ialah :

  1. I.      Daya tahan kardiovaskular.
  2. II.      Kekuatan otot.
  3. III.      Daya tahan otot.
  4. IV.      Kelenturan dan kelonggaran
  5. V.      Komposisi tubuh badan.

Manakala aspek kecergasan yang berlandaskan perlakuan ialah :-

  1. I.      Koordinasi.
  2. II.      Imbangan.
  3. III.      Ketangkasan.
  4. IV.      Kuasa.
  5. V.      Masa Tindakan.
  6. VI.      Kepantasan.

d. Kecergasan Emosi

Keperluan pembinaan asas kecergasan jasmani / fizikal, kecergasan sosial dan kecergasan mental ialah pengawalan emosi. Oleh itu pengetahuan mengenainya perlulah ada agar seseorang itu tidak bertindak mengikut perasaan.

Untuk itu bagi pembinaan asas kecergasan emosi, pengetahuan psikologi, kualiti kehidupan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian yang berat. Kecergasan emosi membolehkan seseorang itu melakukan integrasi, perpaduan, keeratan dalam kumpulan (team work), hormat menghormati, disiplin diri, teguh menghadapi cabaran dan mudah diterima oleh masyarakat.

e. Kecergasan Rohani.

Kecergasan rohani ialah keupayaan dalaman seseorang itu seperti teguh, kuat daripada segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Kecergasan rohani merupakan ketegapan jangka panjang yang boleh membawa kesihatan dan penigkatan kualiti kemanusiaan, keperibadian bangsa, kepimpinan, produktiviti, disiplin diri, kepuasan diri (self-satification), self-astualisation.

KESIMPULAN

Lompat tinggi mempunyai urutan sejarah dan perkembangan yang menarik setelah melalui pelbagai zaman dan kejohanan,   banyak perubahan berlaku dari segi undang-undang, teknik, gaya dan tercipta pula pelbagai kaedah untuk memajukan lagi acara lompat tinggi.

Secara keseluruhannya, setiap atlit perlu melihat dan memahami acara lompat tinggi yang kompleks ini. Segala teknik yang dipelbagaikan dan ansur maju yang dipecahkan untuk lebih mudah memahaminya.

Apa yang lebih mustahak ialah perlu diadaptasikan ilmu dan pemahaman sains sukan dalam acara lompat tinggi. Pemahaman dan amalan tentang pemakanan atlit juga banyak membantu kejayaan dalam lompat tinggi. Apatah lagi dengan perancangan sistem latihan yang teratur dan juga diadakan pelbagai set untuk memantapkan atlit.

Segala bentuk latih tubi yang di adakan adalah untuk mengukuhkan kekuatan teknikal acara ini dan peluang untuk membuat kesilapan dapat diminimakan.

Lompat Tinggi – Bahagian 5

Standard

UNDANG-UNDANG

Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini. Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut :

  1. Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula.
  2. Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya semasa melonjak.
  3. Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat.
  4. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu.
  5. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya sebelum itu.
  6. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu.
  7. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu.
  8. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan.
  9. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
  10. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia :
    1. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya.
    2. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi.
    3. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus menarik diri daripada sesuatu lompatan tertentu.
    4. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan tidak menghadirkan diri.

ATURAN MELOMPAT

Sebelum pertandingan bermula pegawai pertandingan hendaklah memastikan semua peralatan dan kawasan untuk acara ini disediakan selengkapnya, termasuk dari aspek keselamatan peserta. Peserta juga hendaklah dimaklumkan tentang masa dan tempat acara ini diadakan. Mereka juga hendaklah diberikan masa dan peluang untuk membuat lompatan percubaan atau menyesuaikan diri dengan kawasan dan peralatan yang disediakan sebelum pertandingan bermula.

Bagi sesuatu pertandingan, para peserta akan dikehendaki membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang telah ditetapkan, mengikut tingkat dan keupayaan para peserta. Jika peserta berjaya melepasi palang, ketinggian ditingkatkan sehinggalah sejumlah peserta umpamanya 8 atau 12 orang peserta dipilih untuk pusingan akhir. Dalam pusingan akhir ini, semua peserta diberikan tiga lompatan untuk satu-satu ketinggian. Sekiranya peserta itu berjaya melepasi ketinggian dengan hanya sekali lompatan sahaja, dia akan meneruskan lompatan untuk melepasi ketinggian seterusnya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian berikut.

Mana-mana peserta yang gagal melepasi palang menerusi tiga percubaan pada sesuatu ketinggian akan terkeluar daripada pertandingan, kecuali apabila semua gagal melakukan lompatan. Pemenang lompat tinggi ditentukan menerusi peserta yang berjaya melepasi lompatan yang tertinggi. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peserta yang berjaya melompat  pada ketinggian yang sama pada ketinggian terakhir, penetuan tempat adalah menerusi bilangan lompatan yang dibuat. Jadual berikut adalah contoh penetuan kedudukan peserta jika lebih daripada seorang peserta berjaya pada sesuatu ketinggian tertentu.

Acara Lompat Tinggi K1 (L) Lompatan Catatan
Bil Nama Peserta 1 2 3 Keputusan
01 Amiruddin Ali x /
02 Faizal Mustaffa x x /
03 Abu Kassim Daud / Pemenang
04 Ahmad Dali x x /

Untuk melakukan sesuatu lompatan, peserta akan mengambil beberapa langkah larian dari satu titik atau tempat yang ditentukannya sendiri, sama ada dari sebelah kiri atau kanan lorong larian itu. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukai. Sebelum itu pegawai pertandingan akan mengukur ketinggian palang dan memaklumkan kepada semua peserta. Ketinggian palang ini diukur secara menegak dengan sudut 90° dari permukaan gelanggang.

Peserta juga bebas menggunakan cara atau teknik lompatan yang disukai. Walaupun kini hampir semua peserta, malah diperingkat sekolah pun menggunakan gaya Fosbury, penggunaan teknik lain boleh diteruskan asalkan gaya ini menjadi kegemaran dan keselesaan peserta. Peserta hendaklah melompat melepasi palang yang disediakan dan mendarat dengan selamat di kawasan pendaratan. Ini dilakukan untuk ketinggian berikutnya sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu dan pemenang dapat ditentukan.

KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU SEMASA LOMPATAN

  1. Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir.
  2. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong.
  3. Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
  4. Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat.
  5. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.
  6. Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang.
  7. Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat.
  8. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.
  9. Lengkungan badan tidak sempurna semasa layangan.
  10. Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.
  11. Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

  1. Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan.
  2. Pastikan tempat pendaratan atau tilam yang digunakan untuk mendarat selamat.
  3. Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh.
  4. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap tempat pendaratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta ketika melompat.

ISTILAH-ISTILAH ACARA LOMPATAN

Ujian Abalakov

Ujian yang digunakan untuk mengenalpasti bakal atlit-atlit acara lompat tinggi dengan cara mengukur hasil campuran kekuatan kaki dan kuasa.

Seseorang atlit berdiri di atas kotak ketinggian 50 cm dan permulaan berdiri setempat, loncat dengan sebelah kaki (hop) dari kotak kepada lantai, loncat sekali lagi atas kaki yang sama dan lompat dan mendarat dengan dua kaki seperti dalam daratan lompat jauh. Jarak dari hujung kotak dan tanda pendaratan (point of landing) diukur.

Hayunan Tangan

Dalam acara lompat tinggi, didapati ada empat jenis hayunana tangan yang tetentu yang boleh digunakan dalam fasa ‘take off’ ; hayunan tangan sebelah dalam sahaja ; atau membiarkan kedua-dua belah tangan berada rendah di sisi.

Back Overs

Satu jenis senaman di mana seseorang atlit berdiri dengan satu jarak tangan dari palang dengan bahagian belakang si pelompat menghalang palang. Kemudian melompat menuju ke arah belakang melepasi palang daripada kedudukan berdiri setempat.

Flop

Posisi lompat tinggi susunan belakang (back lay out) yang diperkenalkan oleh Dick Fosbury dari Amerika Syarikat semasa beliau telah memperkenalkan teknik ini di Kanada.

Lipatan Tumit

Istilah yang digunakan untuk menerang lipatan aktif bahagian tumit kerana punggung semasa seserang pelompat sedang melepasi palang. Pergerakan ini menyebabkan bahagian punggung dan paha semasa melepasi palang.

‘Menggerakkan Kedudukan Badan Tegak’

Istilah yang digunakan semasa menyuruh atlit-atlit mengekalkan kedudukan badan yang tegak selepas ‘melonjak’ ; (take off). Ia menerangkan pergerakan badan yang tegak menuju ke atas dalam acara lompat tinggi untuk menekankan kepada pelompat bahawa mereka tidak boleh melentik ke belakang dengan kepala, tangan atau bahu sebelah dalam.

Pergerakan Lutut

Istilah yang menerangkan pergerakan lutut tegak ke atas yang perlu dilakukan oleh seseorang pelompat selepas lonjakan.

Pergerakan lutut secara melintang badan untuk membantu putaran badan sebelum mencapai posisi ‘lay out’ adalah satu anggaran yang salah.

Buku Harian Latihan

Buku harian yang digunakan untuk mengesani latihan harian. Ia berbeza mengikut pergerakan umur dan taraf pencapaian atlit.