Volum Strok (Stroke Volume)

Standard

Volum strok adalah jumlah darah yang dipam oleh ventrikal kiri dengan setiap denyutan. Isipadu ini disukat dalam unit liter/denyutan. . Volum strok lelaki adalah lebih besar berbanding valum strok perempuan. Kedudukan badan juga mempengaruhi valum strok. valum strok adalah agak besar pada individu yang berbaring berbanding individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.

Volum strok  dapat diukur dengan menggunakan rumus berikut;

SV = LVEDV – LVESV

Stroke volume (SV) = Left Ventricular End – Diastolic Volume (mL) – LeftVentricular End – SystolicVolume (mL)

Valum strok dipengaruhi/bergantung kepada 3 pemboleh ubah  iaitu;

  1. Isipadu tamat diostolik (EDV)

( End Diostolic Volume (EDV) )

  1. Purata Tekanan Darah Aoratik

( Average Aoratik Blood Pressure)

  1. Kadar Penguncupan Ventrikal

(Ventrikal Contractibility)

EDV atau dikenali sebagai ‘preload’ adalah jumlah baki darah yang masih berada di dalam ventrikal pada akhir kitaran diastolic. EDV yang tinggi akan meningkatkan isipadu stoke. Mengikut “Hukum Jantung Starling”, jumlah EDV yang lebih tinggi akan menambahkan kekuatan kadar penguncupan dan seterusnya membolehkan jumlah darah yang keluar dari jantung semasa system systolic bertambah. Tekanan darah aoratic atau pun dikenali sebagai ‘afterload’ mempunyai isipadu strok dengan menghasilkan perbezaan tekanan di antara ventrikal kiri dengan aorta. Peningkatan tekanan darah aorta akan menyebabkan isipadu stroke berkurangan.

Leave a comment