Sepak Takraw siri 1

Standard

SEPAK TAKRAW

 

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara Bermain zaman dahulu (bulatan)

Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

 

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

 

Permainan ini dahulunya dikenali sebagai sepak raga dan  mula dikenali semasa sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tidak diketahui bilakah permainan ini diperkenalkan tetapi ia dianggap sebagai permainan tradisional atau permainan rakyat bangsa Melayu. Pada mulanya ia dimainkan di kawasan lapang di istana oleh anak-anak pembesar istana. Sepak raga kemudiannya berkembang dan dimainkan oleh semua peringkat masyarakat Melayu. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan dalam bentuk bulatan dan memerlukan kemahiran mengawal dan menimang bola.

 

Pada peringkat awal permainan ini, bola sepak raga dibuat daripada rotan yang mudah diperoleh daripada kawasan hutan di negara kita. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses perkembangan teknologi, kini sudah ada bola sepak raga yang diperbuat daripada plastik. Menjelang tahun 1962, sepak raga mula dimainkan di dalam gelanggang dengan menggunakan jaring. Bilangan pemain bagi setiap pasukan pula dihadkan kepada tiga orang, iaitu bagi setiap regu. Kini permainan sepak takraw dimainkan di seluruh pelosok negara di Asia Tenggara dan telah diersetujui dipertandingkan di peringkat Sukan SEA pada tahun 1965. Nama permainan sepak raga pula telah ditukar dan digantikan dengan nama sepak takraw supaya lebih diterima di peringkat antarabangsa.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s