Ragbi

Standard

Ragbi merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

Sejarah ragbi[

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.

Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak orang.

Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.

1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Football di Amerika Syarikat.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great BritainNew ZealandAustralia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.

Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

Permulaan

Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!

Pemain

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil “forwards” yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil “queus” yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

ragbi

Pengenalan kepada permainan ragbi

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil “the try-line”. Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula “conversion”. Seorang pemain yang diberi gelaran “fly half” adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.

Keselamatan

Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah dipelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh dipakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.

Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius patah bahu atau tangan.

Pakaian[

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas,Nike,Canterburry,Hasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain seperti Gilbert,Kooga,Puma.Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stad di tapak seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 6 stad untuk bahagian forward dan 8 stad untuk backline. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.Ragbi juga terkenal dengan body armor atau body tight sejenis baju nipis yang ketat dipakai sebelum menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk mngelakkan dari kulit badan calar akibat jatuh atau terseret di atas padang

SEJARAH RAGBI DI MALAYSIA
Ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai-pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Kemudiannya, tertubuhlah Kelab Ragbi pertama di negara ini. Seramai 50 orang ahli telah mendaftarkan diri. Dari Negeri Sembilan , ragbi berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura.

Kelab ragbi pula turut ditubuhkan seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers dari Perak, The Penang Asians dan Kelab Selangor dari Kuala Lumpur. Pada tahun 1934, perlawanan ragbi antara negeri yang pertama telah diadakan, iaitu bagi merebut Piala All Blues. Perak muncul sebagai juara. Seterusnya pertandingan ini telah diadakan setiap tahun hinggalah tahun 1963. Apabila Kesatuan Ragbi (KRM) ditubuhkan, pertandingan antara negeri ini telah ditukar dengan Pertandingan Bawah 23 Tahun.

Pertandingan Piala Malaya pula bermula beberapa tahun selepas Piala All Blues. Corak pertandingan sama dengan bola sepak iaitu antara negeri. Pada tahun 1983, pertandingan Piala Malaya telah ditukar kepada Piala Agong. Kini, pertandingan Piala Agong merupakan kemuncak aktiviti KRM setiap tahun. Di samping itu, terdapat pertandingan-pertanding lain seperti Kejohanan Anggota Kerajaan, Kejohanan MSSM serta beberapa kejohanan jemputan samada anjuran KRM ataupun negeri-negeri.

Kini ragbi terkenal di kalangan pelajar-pelajar sehingga terdapat pula pertandingan khusus untuk peringkat ini.

MALAYSIA MENINGKAT KE TARAF 64 DUNIA RANKING IRB
MALAYSIA telah dinaikkan ke ranking 64 Dunia daripada kedudukan 70 Dunia pada minggu lalu oleh Persekutuan Ragbi Dunia (IRB). Peningkatan ini merupakan peningkatan kali ketiga dalam tempoh tiga bulan yang mana telah diputuskan pada 18 September 2006 dan diistiharkan pada malam semalam di IRB Dublin Ireland.

Peningkatan ini merupakan peningkatan tertinggi berdasarkan analisis IRB yang mana Malaysia telah melonjak naik 6 anaktangga sekaligus menyingkirkan Thailand daripada ranking 63 IRB ke ranking 70 IRB. Peningkatan ini berlaku adalah hasil daripada kemenangan Pasukan Malaysia menewaskan Thailand (36-27) di Army Stadium Bangkok pada 22 Julai 2006 sekaligus menjuarai IRB ARFU Triangular 2006 atau juga dikenali dengan Asian Nation Series. Dengan ranking terbaru ini bermakna kini Malaysia telah mendahului negara-negara seperti Bermuda, Zambia, Lituania, Niue Island, Slovenia, Thailand, Hungary, Monaco, Norway, Guam, India, Nigeria, Bosnia dan Finland.

Peningkatan tertinggi dalam sejarah Kesatuan Ragbi Malaysia di bawah teraju kepimpinan Yang Berhormat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail amat jelas menunjukkan bahawa pengetahuan pengurusan yang luas, keserasian individu dengan jenis sukan yang diceburi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi beliau telah menjadi tunjang kepada kebangkitan sukan ragbi di Malaysia.

Malaysia yang terdahulu berada di ranking 75 IRB pada 01 Jun 2006 telah membuat meningkat sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan iaitu pada 06 Jun ke ranking 74 IRB, 10 Julai ke ranking 70 IRB dan 18 September ke ranking 64 IRB.

Jumlah peningkatan keseluruhan ranking IRB Malaysia dalam tempoh 3 bulan adalah 11 anaktangga dan ini merupakan antara pencapaian luarbiasa yang jarang dicapai oleh mana-mana negara di dunia. Pencapaian peningkatan 6 anaktangga pada 18 September 2006 merupakan satua pencapaian yang amat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Mulia Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail yang dahulunya pernah bermain mewakili negeri Selangor, beberapa kelab luar negara dan juga merupakan bekas ketua jurulatih pasukan ragbi Universiti Pertanian Malaysia ‘Serdang Angels’ (Kini dikenali Universiti Putra Malaysia) telah berjaya membawa ragbi Malaysia ke dalam satu dimensi baru fenomena ragbi antarabangsa dengan sokongan padu semua ahli gabungan Kesatuan Ragbi Malaysia .

Perancangan beliau mewujudkan program MRU Development Team di Sekolah Sukan Bandar Penawar Pengerang Johor di bawah kelolaan Cikgu Naharudeen Othman dan Saudara Wan Ibrahim Wan Chik telah membuahkan hasil yang amat membanggakan. Rata-rata pasukan Malaysia yang memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa telah diperkuatkan dengan barisan pemain-pemain projek pembangunan ragbi Malaysia. Antaranya termasuklah Mohd Nazeer Nesyarah, Mohd Azli Ludin, Mohd Shahir Asyraf Rosli dan Mohd Nizard Mohd Nor dari Sekolah Sukan Bandar Penawar.

Antara kejayaan Pasukan Malaysia tahun 2006: Pasukan Malaysia telah mendapat tempat ke 2 selepas menewaskan Khazakhstan (10-5) dan Singapura (31-7) di Pusingan Kelayakan Sukan Asia DOHA di Hong Kong pada 4 Februari 2006.

Seterusnya Malaysia menewaskan India (61-20) pada 5 Jun 2006 dan menewaskan Thailand (36-27) pada 22 Julai 2006 di Bangkok Thailand. Malaysia muncul Juara IRB ARFU Triangular Malaysia, India dan Thailand dan turut menjuarai Piala Maharaja Thai ‘Vajiralongkorn’.

Kejuaraan IRB ARFU Satellite Sevens di Sri Lanka pada minggu lalu turut menyaksikan kejayaan pasukan Malaysia menjuarai Kategori Bowl dan seterusnya menaikkan satu lagi kedudukan ragbi Malaysia dari ranking ke 10 ARFU ke ranking ke 9 ARFU daripada senarai 20 negara Asia. Malaysia telah menewaskan Filipina dengan mata (46-0) dan menewaskan India di Final Bowl dengan mata (14-10).

Menurut Ketua Jurulatih Pasukan Senior Malaysia, Saudara Wan Ibrahim Wan Chik. Peningkatan dalam ranking Lembaga Ragbi Antarabangsa IRB yang diumumkan semalam pasti membakar semangat pemain-pemain ragbi Malaysia yang bakal memulakan latihan pusat menjelang Kejuaraan IRB ARFU Senior 15 Sepasukan Ranking Asia yang bakal berlangsung di Colombo Sri Lanka pada 15 hingga 25 November 2006 dan Kejuaraan IRB ARFU Junior U19, 15 Sepasukan Ranking Asia yang bakal berlangsung di Taiwan pada 03 hingga 09 Disember 2006.

Namun sebenarnya bukan mudah untuk menumpaskan lawan lebih-lebih lagio apabila bermain di tanahair mereka sendiri seperti apa yang berlaku ketika kita menumpaskan Thailand di Kota Bangkok.

Sokongan yang kuat daripada Olympic Council Malaysia, Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan, Universiti Putra Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Media Prima, Astro, Media Cetak dan Penaja Pakaian Rasmi KRM Carisbrook of New Zealand dilihat sebagai faktor penting menyumbang kejayaan pasukan ragbi Malaysia membawa pulang pingat atau piala yang diburu di sesuatu kejohanan.

Kesatuan Ragbi Malaysia yakin bahawa momentum kejayaan ini akan diteruskan ke tahap yang terbaik. Ragbi Malaysia sememang amat mengalu-alukan sokongan badan korporat untuk menaja kos persiapan pasukan negara dan tabungan program pembangunan seperti kerjasama murni telah yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang kepada kemajuan Persekutuan Hoki Malaysia dan Yonex yang menyokong Persekutuan Badminton Malaysia.

Peluang untuk penjenamaan produk atau nama persyarikatan korporat sesuai dipadankan dengan sinonim ragbi Malaysia memandangkan kini Kesatuan Ragbi Malaysia banyak menyertai kejohanan di luar negara anjuran IRB dan ARFU serta semua aktiviti tempatan dan luar negara disokong penuh oleh pihak penyiaran berita dan akhbar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s