Acara Larian (Pecut) Bahagian 2

Standard

Larian Pecut.

Kini kita akan bincangkan secara khusus setiap acara yang tergolong dalam kategori lan pecut mi. Walaupun secara umumnya kita telah ketahui tentang aspek-aspek lan pecut, adalah perlu kita mengetahui lebih mendalam beberapa perbezaan antara ketiga-tiga acara pecut ini.

Acara 100 meter.

Acara 100 meter adalah dianggap sebagai acara untuk menentukan manusia yang terpantas dalam sesuatu kejohanan atau negara atau wilayah, malah di dunia secara tidak rasmi. Acara ini dianggap sebagai acara yang paling istimewa dan diminati ramai terutamanya dikalangan peminat sukan olahraga. Tidak hairanlah sesiapa yang mahu menceburi did dalam bidang larian mi akan terlebili dahulu didedahkan dengan acara ini. Oleh kerana masa yang diambil dalam acara ini terlalu singkat maka segala aspek lariannya perlu diberikan perhatian oleh setiap pelari.

Boleh dikatakan seniua pelari 100 meter memberi tumpuan utama kepada acara memulakan larian iaitu suatu aspek yang paling penting dalam acara lari pecut. Pelari akan melonjak daripada blok permulaan sebaik sahaja isyarat diberikan oleh pegawai pelepas. Kemudiannya pelari akan mula memecut dan mengekalkan pecutan itu sehingga ke garisan penamat. Sebelum berlepas pelari akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pegawai pelepas untuk membunyikan pistol. Pelari juga harus bijak dan pantas bertindak terhadap kemungkinan pelepas yang agak awal atau lewat melepaskan tembakan pistol.

Peringkat dalam larian pecut biasanya bermula dengan pecutan atau lonjakan daripada blok permulaan. Selepas itu barulah perrnulaan larian pelari yang akan membawa kepada peningkatan dalam kelajuan sehingga kelajuannya mencapai ke tingkat maksimum sehinggalah ke garisan penamat. Peringkat mi biasanya terdapat dikalangan pelari yang sudah terlatih , manakala pelari baru lebih gemar mengekalkan kelajuan yang sama sepanjang larian, kecuali dicabar oleh pelari lain. Walaupun pelari lain juga boleh memberi larian, seseorang pelari seharusnya menumpukan perhatian kepada lariannya sendiri, dan tidak mudah terpengaruh dengan corak dan gaya larian lawan.

Acara 200 meter.

Oleh kerana dalam larian 100 meter pelari hanya berlari di lorong atau dalam arah yang lurus dan awal hingga ke akhir perlumbaan, tidak banyak taktik atau teknik Iarian diperlukan, berbanding dengan larian 200 meter atau 400 meter. Dalam acara 100 meter kepantasan, kekuatan dan penumpuan adalah diperlukan daripada seseorang pelari. Tetapi dalam acara 200 meter disamping harus mempunyai kekuatan dan kepantasan pelari juga memerlukan pengawalan dan keseimbangan badan dan kemahiran berlari di selekoh.

Permulaan acara 200 meter adalah hampir sama dengnan permulaan 100 meter kecuali kedudukan blok permulaan yang hams diletakkan pada sudut 90 darjah daripada garisan permulaan, dan bukan daripada garisan lorongnya. Gaya. dekam sering digunakan dan dianggap sesuai untuk acara ini

.

Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa larian seperti berikut:

1.   Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan khas untuk acara ini , dengan pelari yang berlari di lorong luar paling luar kelihatan berada pada kedudukan yang paling hadapan, walaupun pad hakikatnyajarak untuk semua pelari adalah sama.

2.   Kemahiran berlari di selekoh harus ada pada setiap pelari 200 meter. Ketika melakukan pecutan di selekoh pelari cenderung mencondongkan badannya ke dalam sehingga menyebabkan sudut kedudukan tubuhnya dengan aras padang menjadi lebih kecil. Caranya ialah kaki kanan disokong dan dibantu oleh kaki kin semasa mengambil selekoh. mi.

3.   Selepas melepasi selekoh pelari akan berlan di lorong lurus pula yang jaraknya lebih kurang 120 meter. Ini bermakna pelari perlu mengimbangi semula badannya supaya keseimbangan tengah badan dapat dipcrolehi. lni merupakan satu situasi yang sukar kerana gaya larian terpaksa diubah. Di situ kaedah larian untuk 100 meter boleh digunakan, walaupun kebanyakan pelari mula memperlahankan lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi sepanjang Iariannya.

4.   Lorong lurus untuk 200 meter adalah bahagian yang rnemerlukan kemantapan atau kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari bendaklah mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dicapai sehingg ke gansan penamat. Cara menamatkan larian adalah sama seperti acara 100 meter, iaitu dengan menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan seboleh mungkin.

Acara 400 meter.

Mungkin ada dikalangan kita serta peminat sukan olahraga seluruhnya beranggapan bahawa acara 400 meter tergolong dalam kumpulan larianjarak sederhana dan bukan kategori larian pecut. Bagaimana pun sebenarnya acara ml tergolong sebagai acara peout, walaupun mempunyai cara larian yang tersendiri yang agak berlainan daripada acara 100 meter dan 200 meter.

Disebabkanjarak larian yang agak jauh pelari harus dapat merancang lariannya dengan baik. Ini penting kerana tidak mungkin seorang pelari dapat berlari pada kelajuan yang sama sepanjang jarak itu.Pelari harus dapat mengawal penggunaan tenaganya supaya dia boleh dan mampu berlari dengan kederasan yang optimum dan memecut pada jarak yang tertentu. Dalam perlumbaan pelari juga harus dapat mengukur kekiuatannya berbanding dengan pelari lam.

Bagi memudahkan larian kita bahagikan jarak 400 meter im kepada dua peringkat iaitu 200 meter pertama dan 200 meter kedua. Pelari harusmemperuntukkan masa yang wajar untuk sesuatu peringkat jarak mi, misalnya 25 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk jarak 200 meter yang kedua atau masa yang sama untuk setiap jarak 200 meter. Perancangan masa begini adalah lebih baik dibandingkan dengan masa 30 saat untuk 200 meter pertama dan 25 saat untuk 200 meter kedua.

Biasanya seseorang pelari 400 meter akan cuba mendapatkan suatu permulaan dan larian pada selokoh pertama dengan baik, larian yang selesa pada lororig lurus yang pertama memngkatkan kelajuan pada selekoh ke dua dan akhir, diikuti dengan meningkatkan kelajuan pada bahagian lurus terakhir sehingga ke garisan penamat. Dalam berlan untuk acara liii pelari harus dapat mengekalkan lariannya walaupun dalam keadaan tertekan, sama ada daripada pelari lain atau pun daripada penonton. Sebagai kesimpulan, menggunakan strategi Iarian yang bersesuaian terutama dalam acara pecut seperti 400 meter adalah perlu dan penting. Sekali ditegaskan bahawa adalah tidak mungkin seorang pelari yang baik sekalipun mampu mengekalkan pada kelajuan yang sama sepanjangjarak itu.

Leave a comment